TUFS faculty and students can log in by entering your own ID and password.
Anyone outside of TUFS can use JPLANG learning materials without logging in.
Click the button for Japanese level and the language of description you want to use in the box on the right.
日本には、おぼんや正月が近くなると、世話になった人や目上の人などに物をおくるしゅうかんがある。おぼんにおくる物を「お中元」といい、年の終わりにおくる物を「おせいぼ」という。 Di Jepun apabila menjelang Obon dan Tahun Baru, terdapat satu adat di mana kita memberi sesuatu kepada orang yang telah berjasa kepada kita atau orang yang berstatus lebih tinggi.Hadiah yang diberi semasa Obon dipanggil 'Ochugen', hadiah yang diberi pada hujung tahun dipanggil 'Oseibo'.
これは、むかし、おぼんや正月に先祖の祭りをした行事にかんけいがある。先祖を大切にするのと同じ気持ちで、世話になった人や目上の人にあいさつをし、おくり物をしたのが、この「お中元」や「おせいぼ」の始まりである。むかしは生活に必要な物、たとえば、米や魚などをおくることが多かった。そのしゅうかんは、今ものこっていて、食料品をおくることが一番多い。 Pada zaman dahulu perkara ini ada hubungan dengan upacara perayaan nenek moyang semasa Obon, tahun baru dan sebagainya. Sama seperti perasaan menyanjung nenek moyang, menghormati orang yang telah berjasa kepada kita dan orang yang berstatus lebih tinggi dengan menghadiahkan barang kepada mereka merupakan permulaan bagi 'Ochugen' dan 'Oseibo'. Zaman dahulu banyak pemberian adalah pemberian barang-barang keperluan hidup seperti beras dan ikan. Adat itu sekarang pun masih kekal jadi pemberian makanan adalah paling banyak.
外国人の中には、「日本人は、物をあげたり、もらったりするのが好きな国民だ。」と言う人もいる。外国の人に日本人のこのしゅうかんを、りかいしてもらうのは、むずかしいかもしれない。しかし、このようなおくり物には、「いろいろお世話になりました。しんせつにしてくださって、ありがとうございました。あなたにたすけていただいたので、いい生活ができました。これからもよろしくおねがいします。私のお礼の気持ちをこのプレゼントといっしょにおくります。」という意味があるのである。 Ada juga orang asing mengatakan bahawa "Orang Jepun adalah bangsa yang suka memberi dan menerima barang".Mungkin susah bagi orang asing untuk memahami adat orang Jepun ini. Tetapi hadiah seperti ini mempunyai makna seperti "Terima kasih atas segala-galanya. Atas kebaikan hati anda menolong saya sehingga saya dapat hidup senang. Saya masih memerlukan pertolongan anda. Bersama-sama hadiah ini saya kirimkan perasaan terima kasih saya".
外国でも、しんせつにしてもらった時や助けてもらった時に、その人にプレゼントをおくって、かんしゃの気持ちをあらわすことがあるだろう。それと同じである。日本人の中には、しんせつにしてもらった時だけでなく、おぼんや年の終わりにもおくり物をする人がいるのである。 Di negara asing pun mungkin ada cara menunjukkan perasaan terima kasih dengan memberi hadiah kepada seseorang apabila mendapat kebaikan atau pertolongan daripadanya. Samalah dengan perkara itu.Ada di kalangan orang Jepun yang memberi hadiah bukan sahaja apabila menerima pertolongan tetapi juga semasa Obon atau hujung tahun.