Pertanyaan ini meminta pendengar menamakan/ mengenalpasti sesuatu. Ia tidak harus dijawab dengan menggunakan はい atau いいえ. Bentuk asal なん ialah なに, iaitu kata tanya untuk “apa”. なん diguna sebelum です. Dalam bahasa Jepun, kata tanya tidak semestinya diletak di permulaan ayat tanya.
A: あれは なんですか。
Itu apa [di situ]?
B: あれは スカーフです。ハンカチでは ありません。
Itu selendang. Itu bukan sapu tangan.