あげます adalah kata kerja yang bermaksud‘memberi’. Ia diguna apabila seorang, iaitu subjek ayat, memberi sesuatu kepada seorang lain.
小林さんは マリアさんに はなを あげました。
Encik/Cik Kobayashi telah memberi bunga kepada Maria.
Kata kerja あげます sama sekali tidak boleh diguna apabila penutur わたし (たち) atau ‘ahli kumpulan’penutur adalah penerima objek tersebut. Lihat Struktur 5 untuk merujuk kepada bentuk di mana penutur (iaitu, orang pertama) adalah penerima, apabila dia bukan subjek ayat tersebut.