Di atas adalah senarai kata kerja jenis‘memberi’ dan ‘menerima’.
さしあげる・やる:さしあげる diguna apabila penerima objek adalah lebih tinggi kedudukannya dari segi umur dan status daripada penutur. やる diguna apabila penerima lebih rendah kedudukannya daripada penutur, seperti memberi kepada kanak-kanak, ahli-ahli muda dalam keluarga atau haiwan.
いただく:いただく diguna apabila penerima adalah penutur (atau ahli kumpulan penutur) dan pemberi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada penerima.
くださる:くださる diguna apabila pemberi, iaitu subjek ayat, lebih tinggi kedudukannya daripada penerima yang menjadi penutur atau ahli kumpulan penutur. Perhatikan bentuk -masu kata kerja ialah くださいます.