Bentuk ungkapan di atas adalah bentuk potensi. Kemungkinannya meliputi dua situasi berbeza di mana (1) mempunyai kebolehan melakukan sesuatu, misalnya, fasih bahasa asing, pandai bersukan, memandu dan memasak; dan (2) di mana seseorang dibenarkan melakukan sesuatu mengikut sesuatu keadaan, contohnya:りゅう学生は りょうに 入る ことが できます(Pelajar asing boleh tinggal di asrama), dan お金が ないから、本を 買う ことが できません(Saya tidak boleh membeli buku kerana saya tiada wang).
マリアさんは ピアノを ひく ことが できます。
Maria boleh bermain piano.
りゅう学生は この りょうに 入る ことが できます。
Pelajar asing boleh tinggal di asrama.
もう いちど 日本へ 来る ことが できますか。
Bolehkah anda datang ke Jepun lagi?