Ini adalah ungkapan sopan yang diguna apabila penutur ingin bersopan terhadap orang yang terkena perlakuan V, iaitu yang dilakukan oleh penutur (atau ahli kumpulan penutur). Rasa hormat ini ditunjukkan dengan cara merendahkan diri penutur (atau ahli kumpulannya) dan oleh itu meninggikan orang yang ingin ditujukan perbuatan tersebut.
お荷物をお持ちしましょう。
Saya akan bawa barang-barang anda.
すぐ結果をお知らせします。
Saya akan segera memberitahu anda keputusannya.
Kebanyakan perkataan seperti “VNする”atau kata kerja jenis“kata nama aksi + する”(Misalnya, れんらくするmenghubungi; memberitahu, 相談するberunding, 説明するmenerang) ditukar kepada bentuk hormat merendah diri dengan meletakkan ご di bahagian depan: ごVNする.
すぐ結果をごれんらくします。
Saya akan segera memberitahu anda keputusannya.
Lesson 22-3「その記念切手を見せていただけませんか。」
Bolehkah anda tunjukkan kepada saya setem kenangan itu?
「はい、お見せしましょう。」
Ya, saya akan tunjukkan kepada anda.
Perbuatannya harus sesuatu yang mempengaruhi orang yang dihormati penutur.