Berdasarkan apa orang lain cakap, penutur membuat satu proposisi atau memberi satu cadangan atau pendapat tentang apa yang harus dibuat dalam keadaan tersebut. Bentuk-bentuk seperti ~ましょう(Mari kita ~), ~てください(Sila ~), dan~がいいですよ( ~lebih baik) sering muncul di akhir ayat. Vなら boleh digantikan dengan それなら.
V adalah samada dalam bentuk kamus atau bentuk Vない.
A: 北海道へ行きたいとおもっています。
Saya ingin pergi ke Hokkaido.
B: →北海道へ行くなら、ひこうきが便利ですよ。
Naik kapal terbang selesa kalau pergi ke Hokkaido.
A: 夏休みには国へ帰らないつもりです。
Saya tidak bercadang pulang ke negara saya semasa cuti musim panas.
B: →国へ帰らないなら、わたしの家へあそびに来てください。
Silalah datang ke rumah saya kalau anda tidak pulang ke negara anda.
B: →それなら、わたしの家へあそびに来てください。
Silalah datang ke rumah saya kalau begitu.