Struktur di atas adalah sama dari segi bentuk kausatifnya dengan struktur 1, tetapi ia boleh digunakan untuk maksud berbeza: “X membenarkan Y membuat apa saja yang Y suka/ingin buat”. Jika kata kerja adalah tidak transitif dan Y(iaitu, orang yang melakukan perbuatan itu) ditandakan dengan partikel に, bukan を, ayat itu menyatakan tafsiran ini. Apabila perkataan seperti 好き(suka) dan 自由(bebas) diguna, bentuk ini akan menyatakan kebenaran dan bukan kausatif, tidak mengira kata kerja tersebut adalah transitif atau bukan.
先生は生徒たちに好きな所へ行かせました。
Guru membenarkan muridnya pergi kemana mereka suka.
父親と母親は子どもたちに自由に意見を しゃべらせました。
Ibu dan bapa membenarkan anak-anak mereka memberi pendapat masing-masing dengan bebas.