Ungkapan ini menyatakan milik. Strukturnya sama seperti pada pelajaran 18-4. Di sini N2 adalah ahli keluarga/ saudara mara/ kawan. Kata kerja ある boleh diganti dengan いる.
わたしは 兄が 二人 あります。
Saya mempunyai dua orang abang.
よしださんは おくさんが あります。
Encik Yoshida mempunyai isteri.
Lesson 18-4「父は 用事が あります。」
Bapa saya ada kerja nak dibuatnya.
Ungkapan menunjukkan pekerjaan atau pangkat di institusi (misalnya, petani, guru, doktor, jururawat, peguam, presiden syarikat). Dalam kebanyakan kes, ungkapan ini diguna untuk pekerjaan tertentu (iaitu, pakar).
兄は 先生を して います。
Abang saya seorang guru sekolah.
りょうしんは 農業を やって います。
Ibu bapa saya adalah petani.