Dialog di atas menunjukkan cara bersopan meminta sesuatu dilakukan dan cara menyetujui permintaan tersebut. おV(ます)します ialah ungkapan sopan merendah diri yang diguna apabila penutur menawar untuk membuat sesuatu untuk pendengar yang lebih tinggi kedudukannya.
A: その記念切手を見せていただけませんか。
Bolehkah tunjukkan kepada saya setem-setem kenangan itu?
B: はい、お見せしましょう。
Ya, Saya akan tunjukkan kepada anda.
kata kerja いただく ialah bentuk potensi dalam format pertanyaan negatif yang menyatakan permintaan: Vていただけませんか. Perhatikan bahawa ia bukan “Vていただきませんか”. Bentuk Vてさしあげます boleh diguna apabila menceritakan apa yang penutur lakukan kepada seorang yang berstatus tinggi, tetapi bentuk おV(ます)します digunakan bila bercakap dengan orang berstatus lebih tinggi yang menawarkan untuk melakukan sesuatu.