QW merujuk kepada kata tanya seperti だれ(siapa), 何(apa), いつ(bila), どのN(N yang mana), dan どこ (di mana). Ungkapan ini menunjukkan bahawa apa yang dinyatakan di predikat tidak terhad kepada N1 atau N2, tetapi melibatkan semua orang/semua perkara/semua tempat, dan lain-lain di bawah kategori sama. Apabila partikel lain diguna bersama でも, ia diguna sebelum でも(e.g., だれとでもdengan sesiapa).
(子どもでも大人でも)だれでも法律を守らなければなりません。
Sama ada kanak-kanak atau orang dewasa semua harus mematuhi undang-undang.
あの病人は、(肉でもやさいでも)何でも食べられます。
Pesakit itu boleh makan apa saja sama ada daging atau sayuran.
スーパーマーケットは(東京にでもおおさかにでも)どこにでもあります。
Pasar raya terdapat di mana-manasama ada Tokyo atau Osaka.