Ayat-ayat kata kerja boleh disambung untuk membentuk satu ayat dengan menggunakan kata kerja bentuk -Te. Dua atau lebih aktiviti yang berturutan diletakkan dalam satu ayat menurut susunan perlakuan mereka. Kala seluruh ayat ditanda oleh kata kerja terakhir. Berbagai bentuk boleh digunakan untuk akhiran ayat.
がっこうは 八時半に はじまって、四時に おわります。
Sekolah bermula pada pukul 8:30 dan berakhir pada pukul 4:00.
あしたは 十時ごろ ホテルを でて、かいものを して、駅まで 行きましょう。
Besok mari kita keluar dari hotel lebih kurang pukul 10:00, membeli belah sedikit, dan kemudian pergi ke stesen.
いもうとは きょねん ちゅうがっこうを でて、こうとうがっこうに 入りました。
Tahun lepas adik perempuan saya tamat sekolah menengah rendah dan masuk sekolah menengah tinggi.
Penggunaan struktur ini tidak terhad kepada penyenaraian perbuatan mengikut masa sahaja. Sekiranya tidak berkait dengan masa, susunan kata kerja adalah sembarangan. Dalam contoh di bawah, bahagian pertama dan kedua ayat boleh ditukargantikan.
一階には 銀行が あって、二階には 本屋が あります。
Di tingkat satu ada bank, dan di tingkat dua ada kedai buku.
二階には 本屋が あって、一階には 銀行が あります。
Di tingkat dua ada kedai buku dan di tingkat satu ada bank.