Kata penghubung ini mempunyai makna sama seperti から dalam Pelajaran 10-7, tetapi berbeza dengan から yang terletak di tengah ayat, だから diguna pada permulaan ayat kedua yang menyatakan hasil/kesan.
この かんじは たいせつです。だから、おぼえて ください。
Kanji ini penting. Oleh sebab itu sila hafal.
この テープは よく ないです。だから、つかわないで ください。
Pita ini tidak bagus. Oleh kerana itu, tolong jangan guna.