Ungkapan ini digunakan untuk mencadangkan satu perkara daripada beberapa perkara lain sejenis secara bersahaja. Penutur tidak bermaksud untuk mencadangkan sesuatu secara khusus.
お茶でも飲みませんか。
Apa kata kalau kita minum teh atau apa-apa sahaja?
明日でも小林さんの家に電話をかけてみましょう。
Apa kata kalau kita menelefon rumah Encik/Cik Kobayashi besok atau bila-bila sahaja.
Jika N diikuti partikel lain seperti tempat へ dan orang に, でも diletakkan selepas partikel-partikel ini.
あしたは新宿へでも行きましょうか。
Apa kata kalau besok kita pergi ke Shinjuku atau kemana-mana sahaja?
この本は弟にでもやろうかと思っています。
Saya rasa saya akan berikan buku ini kepada adik lelaki saya atau sesiapa sahaja.