Nを ください adalah ungkapan yang diguna untuk meminta sesuatu. Perkataan yang menunjukkan kuantiti atau bilangan yang perlu diletak sebaik selepas frasa Nを. Kuantiti/ bilangan boleh disebut dengan menggunakan “nombor + bilangan”(misalnya, 一まい satu benda nipis dan rata, 二ほんdua benda panjang dan berbentuk silinder ), atau perkataan seperti すこし(sedikit) and たくさん(banyak).
きっぷを 一まい ください。
Tolong berikan sekeping tiket .
りんごを すこし ください。
Tolong berikan sedikit buah epal.