つもり menyatakan kemahuan/hajat penutur atau cadangan masa hadapan. Bentuk afirmatif ialah V kamusつもりです, dan bentuk negatif ialah Vないつもりです. Bentuk ini tidak diguna sekiranya keputusan dibuat sejurus sebelum penutur melafazkannya. Pendek kata, つもり diguna untuk menyatakan niat yang telah ada untuk beberapa ketika.
わたしは放送局で働くつもりです。
Saya bercadang untuk bekerja di sebuah stesen penyiaran.
わたしは大学院には進まないつもりです。
Saya tidak bercadang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.