途中で menunjukkan perbuatan/peristiwa yang dinyatakan oleh V berlangsung semasa pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kata kerja gerak lain seperti 来る(datang) dan 帰る(pulang) boleh juga digunakan.
Kata kerja gerak yang digunakan dalam ayat(iaitu, sejurus sebelum 途中で), adalah sentiasa dalam bentuk kamus.
Saya kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke sekolah.
VN termasuk kata nama aksi seperti 帰国(pulang ke negeri), 旅行(melancong), dan 散歩(berjalan-jalan mengambil angin).
駅へ行きます。その途中で、銀行に寄ります。
Saya hendak ke stesen. Dalam perjalanan ke stesen, saya akan singgah di bank.
駅へ行く途中で、銀行に寄ります。
Dalam perjalanan ke stesen saya akan singgah di bank.