Partikel を menandakan tempat laluan sesuatu perbuatan. Kata kerja adalah kata kerja gerak seperti 歩く(berjalan), 走る(berlari), とぶ(terbang), 通る(lalu), 散歩する(berjalan-jalan), 渡る(lintas), 上る(naik), 下りる(turun), 曲がる(belok), 回る(pusing), dan 流れる(mengalir). Semua ini adalah kata kerja tidak transitif tetapi didahului dengan を.
歩道を 歩いて ください。
Sila berjalan di kaki lima.
鳥は 空を とぶ ことが できます。
Burung boleh terbang di langit.
この 川は せまい 谷を 流れて います。
Sungai ini mengalir melalui sebuah lembah yang sempit.
Lesson 11-2「わたしは 九時ごろ 家を 出ます。」
Saya meninggalkan rumah lebih kurang pukul 9.00.