Vておく menunjukkan kita membuat sesuatu lebih awal daripada jangka masanya untuk faedah masa hadapan. Ia juga diguna untuk menunjukkan keadaan sekarang dibiarkan seperti sedia kala. Sebaliknya, Vないでおく menunjukkan perbuatan yang sepatutnya dilaksanakan tidak dilaksanakan dan dibiarkan terbengkalai dengan sesuatu sebab atau tujuan.
友だちが来るから,へやに花をかざっておきました。
Saya menyusun bunga di bilik kerana kawan-kawan akan berkunjung.
旅行のために、新しいかばんを買っておきました。
Saya telah membeli sebuah beg besar untuk lawatan itu.
今晩パーティーがあるから、昼ご飯はあまり食べないでおきましょう。
Malam ini ada jamuan, jadi janganlah kita makan banyak-banyak tengahari ini.