おうの形, kata kerja bentuk kemahuan ini menyatakan kemahuan/hajat penutur. Vう/ようと思っています menunjukkan bahawa penutur mempunyai sesuatu cadangan atau hajat untuk membuat sesuatu. Kata kerja tanpa maksud kemahuan (misalnya, あるada; wujud, おちるjatuh, 生まれるlahir, できるboleh buat; siap) tidak mempunyai bentuk kemahuan.
あした母にこくさい電話をかけようと思っています。
Saya bercadang untuk membuat panggilan antarabangsa kepada ibu saya besok.
わたしは通訳になろうとは思っていません。
Saya tidak bercadang untuk menjadi seorang penterjemah.
Berbeza dengan Vう/ようと思っています, Vう/ようと思います boleh diguna untuk menyatakan keputusan yang penutur baru sahaja buat.
つもりです dan Vう/ようと思っています digunakan dalam situasi yang sama tetapi つもりです memberi implikasi darjah kepastian penutur yang lebih tinggi.
5だんどうし / consonant-root verbs / -u verbs | |||
|
|||
1だんどうし / vowel-root verbs / ru-verbs | |||
|
|||
ふきそくどうし / irregular verbs | |||
|